Uncategorized

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI PENUH OLEH AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) BAGI PROGRAM SARJANA KAUNSELING, UMT

Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai dan panel penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Terengganu pada 9 hingga 10 Julai 2017 (Ahad-Isnin) untuk tujuan penilaian Akreditasi Penuh Program Sarjana Kaunseling (MQA/FA 4036) yang ditawarkan di bawah Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE).

Untuk makluman YBhg. Dato’/Tuan/Puan, proses penilaian tersebut akan melibatkan sesi semakan dan penilaian dokumen asal, melawat premis, makmal, bilik kuliah, peralatan dan sumber pendidikan berkaitan program yang dinilai, sesi temu bual dengan pihak pengurusan, staf akademik dan pelajar, serta pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran ilmu.

Author Since: May 26, 2014

Related Post