Uncategorized

Kelab Kebajikan JomSosial PPPSE mengadakan “Program Makanan Percuma sambil beramal

Makluman Makanan Percuma kepada semua warga PPPSE dan juga Warga UMT yang dihormati. Kini kelab kebajikan JomSosial PPPSE akan mengadakan “Program Makanan Percuma sambil beramal ” siri ke-8 untuk warga UMT bagi sesi 1 2017/2018. Kami menjemput semua warga UMT (terutama pelajar yang kurang berkemampuan)agar dapat datang untuk mengambil hidangan makanan pagi di pintu masuk utama PPPSE. kami turut mengalu-alukan rakan pensyarah atau sesiapa sahaja yang mungkin ingin menyumbang sama ada dalam bentuk kewangan atau berkelapangan untuk menghulurkan juadah pada hari aktiviti tsbt dijalankan. Buat kali ke2 makanan ini disumbangkan oleh SriKandi 5(4) 82, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, dan juga penderma yang sudi menderma sewaktu ataupun selepas program ini dijalankan. Makanan kali ini dijangka akan dapat memenuhi keperluan sekitar 500 orang pelajar.
Datanglah beramai-ramai untuk meraikan dan menjayakan program ini.

Maklumat berkenaan dengan tarikh dan masa untuk program tersebut adalah sebagaimana berikut:

Tarikh : 06 December 2017 (RABU)
Masa : 9.30 a.m – 11.30 a.m
Tempat : Lobi Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi, UMT

Menu :
a) BIHUN SUP
b) NASI LEMAK
c) BIHUN GORENG
d) SOTO SPECIAL
e) KARIPAP
f) DONAT
g) KEK COKLAT CHEESE BERHANTU
h) PUDING JAGUNG
i) KEK PISANG

Author Since: May 26, 2014

Related Post