Sejarah Penubuhan PPPSE

Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE) ditubuhkan secara rasminya pada 1 Disember 2013. Ia ditubuhkan hasil daripada transformasi akademik yang telah dilaksanakan melibatkan penstrukturan semula fakulti kepada sistem pusat pengajian di UMT. Dahulunya ia dikenali sebagai Fakulti Pembangunan Sosial (FPS) yang mula ditubuhkan pada tahun 2011. Penubuhan pusat pengajian ini adalah bertujuan untuk memberi latihan akademik di dalam melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang ekonomi, psikologi dan kaunseling serta polisi awam demi memenuhi keperluan negara