Program Ekonomi | Warga Akademik

PROGRAM SARJANA MUDA EKONOMI (SUMBER ALAM)

 

Program Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) ditawarkan bagi memenuhi keperluan terhadap graduan berpengetahuan ekonomi (K-Ekonomi). Program ini memfokuskan kepada aplikasi teori ekonomi bagi menyelesaikan pelbagai masalah ekonomi yang berteraskan terutamanya dalam bidang ilmu sumber alam serta pembangunan dan kewangan. Pelajar turut didedahkan kepada kaedah pembelajaran terkini seperti ekonomi digital, e-pembelajaran dan revolusi industri. Graduan program ini juga diperlengkapkan bagi memenuhi pelbagai peluang pekerjaan di sektor swasta dan awam serta sebagai usahawan muda yang mampu memacu kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara.

 

 

Objektif

 

  • Melahirkan siswazah berilmu khususnya dalam bidang ekonomi sumber alam, berkebolehan tinggi, berkemahiran, beretika dan berketrampilan.
  • Memupuk sikap positif di kalangan siswazah ekonomi dalam menyumbang tenaga dan idea kepada pembangunan negara.
  • Menerapkan siswazah dengan kemahiran kepimpinan dan keusahawanan.

 

 

Prospek Kerjaya

 

Siswazah Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) mempunyai pelbagai peluang kerjaya dalam sektor awam dan swasta. Antaranya sebagai pengurus, pentadbir, penyelidik, penganalisa ekonomi, jururunding ekonomi, pegawai bank, pegawai kewangan, pegawai operasi pengeluaran, pegawai penilai, pegawai perancangan dan pembangunan, pegawai perhutanan, pegawai pertanian, ahli statistik, pendidik dan sebagai usahawan.

 

Syarat Kemasukan

 

Syarat Am Kemasukan Universiti

 

  1. Lulus SPM/ Setaraf dengan baik.

 

  1. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ Setaraf.

 

  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

  1. Lulus dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am, dan Gred C dalam dua (2) mata pelajaran lain.

 

atau

 

Mempunyai kelulusan Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti.

 

atau

 

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

 

Syarat Khas Program

 

  1. Kelayakan minimum calon STPM/ Matrikulasi/ Program Asasi

 

  1. Mendapat Gred B- (NGMP 2.67) dalam salah satu mata pelajaran berikut di peringkat STPM: Ekonomi, Perakaunan, Matematik atau Pengajian Perniagaan.
  2. Kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM atau Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik di peringkat STPM/ Matrikulasi/ Asasi.

 

  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

 

  1. Kelayakan Setaraf

 

Matrikulasi atau diploma dalam bidang yang sesuai dari institusi yang diiktiraf.

Muat Turun

PROGRAM SARJANA MUDA EKONOMI (SUMBER ALAM)