Program Kaunseling | Warga Akademik

PROGRAM SARJANA MUDA KAUNSELING

 

Program Sarjana Muda Kaunseling adalah bertujuan melahirkan kaunselor yang berkemampuan memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik kepada ahli masyarakat yang memerlukan, merangkumi kaunseling individu, kelompok, pasangan, keluarga, bimbingan serta pelbagai lagi. Program Sarjana Muda Kaunseling ini menjadi satu landasan ke arah melahirkan kaunselor yang kompeten. Program ini telah dirancang mengikut kehendak Akta Kaunselor 1988. Kaunselor yang kompeten ditakrifkan sebagai kaunselor yang memenuhi syarat-syarat dalam latihan kaunselor profesional seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Perkembangan yang sihat ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah bilangan kaunselor terlatih sebagaimana yang diwartakan dalam Akta Kaunselor 1998.

 

Program ini memberi penekanan kepada kemahiran kaunseling dalam sesi individu dan kelompok. Penguasaan kemahiran kaunseling yang cekap membolehkan kaunselor melaksanakan perkhidmatan kaunseling dengan lebih baik dan seterusnya memberikan kesan teraputik kepada klien.   Perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan oleh kaunselor adalah berlandaskan prinsip etika dalam perkhidmatan menolong.

 

Syarat Kemasukan

 

Syarat Am Kemasukan Universiti

 

  1. Lulus SPM/ Setaraf dengan baik.
  2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ Setaraf.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
  1. Lulus dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am, dan Gred C dalam dua (2) mata pelajaran lain.

 

 

Syarat Khas Program

 

Bagi calon lepasan Diploma/ setaraf, mendapat sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 2.70

 

Bagi calon lepasan STPM/ Matrikulasi/ Asasi :

 

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (2.67) dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut :
    • Bahasa Malaysia/ Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
    • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab
    • Syariah/ Usuluddin
    • Sejarah
    • Geografi
    • Matematik
    • Ekonomi
    • Pengajian Perniagaan/ Pengurusan Perniagaan
    • Perakaunan
    • Sains Sukan

 

dan

 

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut :
  • Matematik

 

atau

  • Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut :
  • Matematik

 

dan

 

  • Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut :
  • Bahasa Inggeris

Muat Turun

 PROGRAM SARJANA MUDA KAUNSELING