Program Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) | Warga Akademik

Program Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) menawarkan suatu peluang pengajian yang unik yang mana mempunyai kepelbagaian disiplin seperti polisi dan pentadbiran awam, sains politik, sosiologi, pembangunan komuniti, ekonomi dan pengurusan persekitaran. Ia menyokong pendekatan multidisiplin dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk pelajar bagi menggubal dan menganalisis polisi. Pelajar perlu mempunyai pelbagai pengetahuan dalam pelbagai bidang untuk memahami masalah masyarakat dan bagaimana kerajaan dan rakyat menanganinya. Dengan itu, ianya dapat memupuk pemikiran kritis, penyelesaian masalah secara kreatif dan penyelidikan dalam kalangan pelajar. Justeru itu, pelajar boleh menggunakan situasi penyelesaian masalah dengan lebih kreatif dan berkualiti dalam dunia sebenar demi mencari jawapan kepada pembelajaran mereka. Ini merupakan antara beberapa kelebihan yang ditawarkan oleh program ini yang perlu diperkukuhkan untuk mencapai suatu keadaan pembangunan sosial yang lebih baik di peringkat tempatan dan antarabangsa. Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini turut disediakan dengan panduan teori dan praktikal bagi menyertai kerjaya yang baik dalam sektor awam, swasta dan komuniti. Mereka merupakan social entreprenuers, penganalisis polisi, penasihat kepada kerajaan and juga sebagai penjawat awam seperti pegawai tadbir dan diplomatik, ahli akademik, pegawai perhubungan awam dan juga pendidik. Mereka merupakan graduan yang akan menumpukan kepada cabaran-cabaran global yang kita hadapi kini. Mereka boleh menggunakan pelbagai kemahiran yang mereka ada seperti analisis kuantitatif dan kualitatif, ekonomi, pentadbiran dan pengurusan untuk di aplikasikan dalam menyelesaikan masalah sosial masa kini.

 

Objektif

  1. Menjadi program yang unggul dalam kesarjanaan dan kepemimpinan akademik dalam bidang pembangunan sosial dan ekonomi dengan penekanan kepada nilai modal insan dan kelestarian sumber alam di peringkat nasional dan antarabangsa.
  2. Menjana dan memartabatkan gabungan ilmu berteraskan hubungan timbal balik manusia dan alam sekitar menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai visi universiti.
  3. Melahirkan graduan yang terlatih dalam bidang ilmu pengajian sains sosial dan kemanusiaan yang mempunyai daya saing dan berwawasan dalam tindakan.
  4. Menyediakan tenaga kerja profesional yang prihatin terhadap polisi dan pengurusan alam sekitar bagi pembangunan negara yang mapan.

 

Syarat Kemasukan

 

Syarat Am Kemasukan Universiti

 

  1. Lulus SPM/ Setaraf dengan baik.

 

  1. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/ Setaraf.

 

  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

 

  1. Lulus dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am, dan Gred C dalam dua (2) mata pelajaran lain.

 

atau

 

Mempunyai kelulusan Diploma atau kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan                 oleh Senat Universiti.

 

atau

 

Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00.

 

Syarat Khas Program

 

  1. Kelayakan minimum calon STPM/ Matrikulasi/ Program Asasi

 

  1. Mendapat Gred B- (NGMP 2.67) dalam salah satu mata pelajaran berikut di peringkat STPM: Geografi, Ekonomi, Perakaunan, Matematik atau Pengajian Perniagaan.
  2. Kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM atau Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Matematik di peringkat STPM/ Matrikulasi/ Asasi.

 

  • Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

 

  1. Kelayakan Setaraf

 

Matrikulasi atau diploma dalam bidang yang sesuai dari institusi yang diiktiraf.

Muat Turun

PROGRAM SARJANA MUDA PENGURUSAN (POLISI DAN SEKITARAN SOSIAL)